Wednesday, 1 May 2013

Cara-cara susun atur Kek Tiramisu di dalam bekas dan cara-cara untuk menghasilkan Kek Tiramisu :-



Celupkan biskut ke dalam air yang berperisa kopi untuk rasa yang lebih enak.

Susun kedudukan biskut secara mendatar dalam keadaan yang  bersesuaian



Pastikan keju dan bahan-bahan lain dalam keadaan sedia untuk digunakan.

Sapu dan ratakan keju di atas permukaan biskut 

Taburkan sedikit koko/milo di atas keju untuk menghasilkan kek yang enak.Teruskan langkah berikutnya  

Susun semula biskut lembab di atas keju dalam keadaan yang bersesuaian untuk lapisan ke dua

Sila pastikan keadaan biskut kemas dan jangan menekan biskut  lembab tersebut ke dalam keju

untuk langkah seterusnya,letakkan keju di atas permukaan biskut lembab untuk lapisan yang ke dua

Ratakan keju sehingga kelihatan menarik

Pastikan permukaan atas kelihatan kemas dan menarik
Taburkan sedikit koko/milo dan serbuk oreo untuk mutu penghasilan kek yang menarik


Tahniah kerana anda sudah berjaya menghasilkan Kek Tiramisu,untuk makluman  kek ini  ada  4  ataupun 5 lapisan.Simpan pada suhu dingin untuk merasakan kek yang lebih sedap,lazat,segar dan enak dimakan.Sekian..


















No comments:

Post a Comment